Title bergerak-gerak

Wednesday 16 May 2018

APAKAH PUNCA KULIT WAJAH KERING?

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada visitor blog site saya.


cara-atasi-kulit-kering-kusam


Terdapat pelbagai sebab kenapa kulit anda kering dan gatal. Apa sebenarnya yang menyebabkan mengalami masalah tersebut. Bagi kebanyakan orang, kulit kering tidak semestinya disebabkan oleh penyakit kulit, tetapi ia boleh disebabkan oleh sabun, pakaian, salah guna pelembab dan mandian air panas.

Bukan itu sahaja, ubat-ubatan untuk masalah seperti diabetes, psoriasis atau maltrunisi juga boleh menyebabkan masalah kulit kering yang teruk. Teruskan bacaan anda untuk memahami bagaimana dan kenapa masalah-masalah yang dinyatakan mengeringkan kulit anda.


Memahami Masalah Kulit Kering dan Gatal

Kulit sihat yang normal di lapis satu lapisan lipid semula jadi atau lapisan bahan berlemak. Lapisan ini yang memastikan kulit sentiasa lembab menjadikan kulit sentiasa lembut dan anjal.



Image result for garu muka


Kulit kering atau terma perubatannya, xerosis biasanya disebabkan oleh persekitaran atau anda telah lakukan sesuatu terhadap kulit, yang menyebabkan minyak berlemak terhakis menyebabkan kulit anda tidak dilindungi. Jarang sekali ia disebabkan masalah dalaman. Selalunya masalah kulit kering ia berpunca daripada keadaan kesihatan, monopause atau genetik.

Meskipun sekelompok kulit kering yang gatal boleh muncul di mana-mana, ia biasanya dibahagian tangan, lengan, tapak kaki dan abdomen. Jika ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan dermatitis, bengkak, kembang dan jangkitan. Meskipun ia masalah luaran, kebanyakkan rawatan untuk kulit kering juga melibatkan rawatan luaran. Dengan penjagaan kulit kering yang rapi, biasanya masalah terbebut boleh diatasi.

Salah Guna Pelembab Punca Kulit Kering Dan Gatal

Jika anda menghadapi masalah kulit kering, barangkali anda telah mencuba pelbagai jenis pelembab kulit. Walaupun ia salah satu cara rawatan penting, pakar mengatakan cara penggunaannya salah dan tidak betul.

salahguna-pelembap

Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah mengaplikasikan pelembab masa yang tidak sesuai. Masa yang sesuai untuk mengaplikasikan pelembab adalah selepas mandi pada ketika kulit masih lembab. Apabila anda menyapu pelembab, pastikan kulit anda tidak basah sebaliknya lembab. Pelembab akan membantu memerangkapkan kelembapan yang terdapat pada kulit.

Pada masa yang sama, anda perlu dapatkan krim pelembab yang betul dan sesuai untuk kulit anda. Pakar kulit mencadangkan anda mendapatkan krim pelembab kulit yang sederhana dan tidak mengandungi alkahol atau pewangi. Tidak semestinya anda mendapatkan krim yang mahal. Ada kalanya krim pelembab yang murah lebih memberikan kesan yang terbaik.

Udara Kering Punca Kulit Kering Dan Gatal

Udara kering adalah antara penyebab kulit kering, lebih-lebih lagi di kawasan yang sejuk atau berpenghawa dingin. Ia menyerap keluar kelembapan dari kulit. Apabila terlampau sejuk, anda akan terasa kulit anda kering dan kelihatan garisan putih apabila menggaru. Ia adalah petanda kulit mengering.

udara-kering-punca-kulit-kering

Begitu juga jika anda melancong ke luar negara pada musim sejuk. Kulit anda akan mengalamai masalah kulit kering yang dikenali sebagai “winter itch”.
Sapukan krim pelembab terlebih dahulu sebelum anda masuk kawasan berpenghawa dingin untuk satu jangka masa yang panjang.atau jika anda melancong ke luar negara pada musim sejuk, pastikan anda menggunakan pakaian yang tebal lengkap dengan topi atau snowcap, skaf dan sarung tangan apabila anda di luar.

Sabun Punca Kulit Kering Dan Gatal

Sabun juga boleh menjadi penyumbang dan penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kering dan gatal. Ini kerana ia mampu menghakis dan membuang minyak semulajadi yang terdapat pada kulit. Minyak semulajadi ini yang menghalang air dari diserap keluar dari kulit.

sabun-punca-kulit-kering
Meskipun telah dinasihatkan oleh doktor untuk sentiasa membersihkan tangan secara kerap, ia boleh mendatangkan masalah. Ironinya mencuci tangan secara berlebihan dengan sabun akan mengeringkan kulit seterusnya menyebabkan kulit merekah dan berdarah serta boleh membawa kepada jangkitan kulit. Elakkan juga penggunaan span yang kasar, kerana ia juga boleh menghakis lapisan minyak kulit.
Membeli sabun tidak sesuai dan yang kasar seperti sabun anti bakteria yang menghasilkan banyak buih sebenarnya membuang minyak dari permukaan kulit apabila kering. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, adalah dicadangkan anda mencari “mild skin cleanser” dari membeli sabun.

Estee Beauty Skincare Membantu Mengatasi Kulit Kering Dan Gatal



Estee Beauty Cleanser adalah pencuci wajah dari gabungan bahan alami Royal Jelly  dan Esktrak Orange (Vitamin-C) . Ia adalah suatu revolusi terkini dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Royal Jelly dan Orange semulajadi dipercayai mengandungi Vitamin yang mempunyai kesan yang positif terhadap kesihatan kulit manusia.

Selain daripada itu, Estee Beauty Cleanser dapat membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Sesuai untuk anda jika mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak. Ia bertindak dengan mengecil dan menutup liang pori, yang menjadi punca bakteria berkumpul dan menyebabkan jerawat Ia juga memudarkan parut jerawat dan  jeragat. Sehubungan itu juga, ia mengekalkan pH pada wajah dan menyergarkan kulit yang terdedah pada sinaran UV. Esten Cleanser juga menjadikan kulit lebih segar, sihat & bersinar. Kulit anda akan kelihatan lebih cantik secara semulajadi.

Bagi yang bermasalah gatal akibat alahan atau, cucian wajah formulasi khas ini mampu mengurangkan alahan. Ia juga berupaya untuk merawat resdung, Dengan cuaca yang tidak mengizinkan, Estee Cleanser ini dapat meredakan kerengsaan pada kulit.

No comments:

Post a Comment

Punca kulit wajah berjerawat

Assalamualaikum, Info ini saya sediakan kepada anda yang sering mengalami masalah jerawat. Masalah kulit itu banyak sekali faktor dan penyeb...