Title bergerak-gerak

Monday 21 May 2018

KENALI PENGHUNI KULIT ANDA

Jom kenali jerawat pada kulit anda !



Jenis Jerawat Dan Cara Mengatasinya.Adakah muka anda bermasalah dengan jerawat ?

Anda berminat Untuk mengetahui 5 jenis jerawat ?
Sebelum itu, anda perlu mengenali fakta tentang kulit muka anda terlebih dahulu dahulu kerana kulit merupakan organ yang banyak terdedah kepada keadaan persekitaran sekeliling.

Apa itu Kulit ?

Kulit merupakan organ yang paling besar yang mengandungi berat sekitar enam paun, kulit berfungsi melindungi otot dan organ manusia.
Kulit juga memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat dan cantik. Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan elok boleh menjurus kepada mendapatkan kulit sihat.
Jika anda mempunyai masalah kulit yang berkaitan dengan jerawat, anda pastinya ingin tahu hendak tahu lebih lanjut tentang jenis jerawat dan cara mengatasinya.

1. Jerawat Papula
  • Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.

2. Jerawat Pustules
  • Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)

3. Blackheads
  • Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.

4. Whiteheads
  • Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.

5. Nodul ( akne kronik )
  • Terdiri daripada bentuk benjolan keras di bawah permukaan kulit lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak akan hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.

Jika tidak dirawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas ianya kecut.
Lebih besar ruangan radang lebih mudah ianya terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. 
Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri anda.

Antara Punca Perlakunya Jerawat Ini Adalah Kerana :

  • Faktor hormon terutamanya untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an. Maka perkara ini merupakan normal berlaku, jangan takut.
  • Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan juga. Misalnya ayah atau emak anda mempunyai jerawat yang banyak mungkin juga anda memiliki gen yang sama.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit. 

Selepas anda mengetahui 5 Jenis Jerawat,  sekarang anda perlu tahu cara mengatasinya.

Antara Cara-Cara Mengatasi Jerawat adalah :
  • Membersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Sebagai contoh, anda mencari pencuci muka yang boleh membantu membersihkan minyak di muka dan mengurangkan jerawat.
  • Mengambil produk kecantikan untuk luaran yang terbukti berkesan. Sebagai contoh saya syorkan menggunakan Exfoliator untuk bantu menangalkan sel kulit mati dan kecutkan jerawat di kulit wajah.
  • Anda juga boleh ambil minuman tambahan untuk proses Detox dalaman yang sesuai dan mestilah mendapat pengesahan oleh pakar nutrisi.

No comments:

Post a Comment

Punca kulit wajah berjerawat

Assalamualaikum, Info ini saya sediakan kepada anda yang sering mengalami masalah jerawat. Masalah kulit itu banyak sekali faktor dan penyeb...