Title bergerak-gerak

Saturday 2 June 2018

MAKAN SECARA SIHAT



Asalamualaikum dan salam ramadhan, pada pagi ini saya ingin kongsikan amalan pemakanan sihat bagi mendapatkan kulit wajah yang mulus dan tampak sihat.

Mungkin anda kerap kali terlupa dalam sistem penjagaan kesihatan tubuh badan juga ada terkait dengan sistem penjagaan kulit wajah, amalan pemakanan ini amat penting bagi mendapatakan hasil yang menarik pada kulit wajah anda. Disini saya akan kongsikan tips2 menarik untuk anda .


Semua jenis makanan mempunyai manfaat yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit.
Bahkan,memiliki kulit cantik dan sihat merupakan impian setiap orang. Oleh sebab itulah ada pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan kulit cantik, putih dan bersih.
Cara semulajadi untuk mempercantikan kulit adalah dengan pengambilan makanan yang baik bagi kecantikan kulit, kerana di dalam makanan terdapat ribuan fitokemikal, serat dan vitamin yang bekerjasama untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Untuk itu, kita perlu mengambil makanan yang dapat mempercantikan kulit.

Berikut adalah beberapa jenis bahan makanan yang wajib diselitkan dalam jadual menu harian anda. Makanan ini mampu membuatkan kulit anda tetap sihat dan cantik.


1. Yogurt
Yogurt bagus untuk kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat serta menghilangkan kelemumur. Sebaiknya pilihlah yogurt yang  ‘low fat’ dan ‘low sugar’ untuk menghindari  terjadinya peradangan kulit. Selain itu, yohurt juga merupakan antibiotik natural yang dapat membantu memproduksi bakteria baik dalam tubuh serta menjaga kesihatan sistem penghadaman.



2. Kekacang
Beberapa jenis kacang  yang memiliki khasiat luar biasa untuk kulit adalah buah badam (almond), pistachio, hazelnut, dan walnut. Ia mengandungi vitamin E, yang mampu menjaga kelembapan kulit, mengatasi kekeringan dan membuat kulit kelihatan lebih muda dan lembut.



3. Sayur-Sayuran Berwarna
Jenis makanan kaya serat ini sebaiknya tidak anda tinggalkan dalam jadual menu harian anda. Sayuran berwarna seperti lobak merah, bayam, dan ubi banyak mengandung beta-karoten. Vitamin A kaya akan antioksidan serta mampu membantu mencegah penuaan semulajadi  serta kerosakan sel yang mengurangi risiko kanser kulit.
Manakala sayur bayam pula mengandungi zat besi, folat, klorofil, magnesium, serat, protein dan vitamin C, E dan A. Ketiga-tiga vitamin ini sangat baik untuk kulit. Bahkan bayam juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan pelbagai masalah kulit.  Pengambilan bayam pada setiap hari, anda boleh membersihkan kulit dari  luar dan dalam.



4. Vitamin C
Vitamin C merupakan zat yang paling sering digunakan sebagai campuran bahan dasar aktif daripada produk perawatan wajah. Beberapa istilah yang sering digunakan adalah L-Ascorbic Acid, Ascorbyl Palmitate, atau Magnesium Ascorbyl Phosphate. Salah satu alasannya, vitamin C memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi.
Selain itu, jenis buah ini mampu membantu tubuh menghasilkan kolagen untuk memperkuatkan pembuluh darah kapiler sebagai saluran nutrisi kulit. Beberapa jenis makanan yang kaya vitamin C adalah: anggur, blueberry, jambu, kiwi, lemon,betik, strawberi dan ubi.Antioksidan seperti vitamin C, E dan beta-karoten dapat mengurangi peradangan dan jerawat. Selain itu, vitamin C juga mampu melindungi kulit daripada efek buruk sinaran matahari.


  
5. Makanan Laut
Kandungan zink dan asid lemak omega 3 pada ikan, sangat bagus untuk membantu melembapkan kembali kulit anda yang kering dan mengalami inflamasi. Kekurangan omega 3 pada kulit boleh juga menyebabkan penuaan semulajadi dan terjadinya ekzema dan psoriasis.



6. Paprika (Merah)
Sebiji paprika mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari. Selain itu, paprika juga mengandungi banyak serat, vitamin B6, dan kaya dengan karoten yang dapat mencegah kedutan dan melancarkan perjalanan darah ke kulit, sehingga anda kelihatan lebih awet muda.

Ekstra Tips!

Makanan Terbaik Untuk…
Kulit Kering
Perbanyakkan pengambilan sayuran berwarna hijau tua, seperti bayam. Gunakan minyak yang kaya omega 3, sebagai salad dressing atau menumis.

Kulit Mudah Gatal
Vitamin B mampu membantu melancarkan perjalanan darah agar kulit tidak terlalu kering dan menimbulkan gatal-gatal. Elakkan pengambilan makanan yang boleh menambahkan lagi alergi tersebut  seperti telur, sotong dan lain-lain.

Kulit Berminyak
Hindari makanan manis dengan kadar gula tinggi dan jenis makanan segera. Sebaiknya gunakan minyak zaitun sebagai pengganti mentega ataupun bahan menumis.

Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayuran hijau, bayam, lobak, kentang dan juga ayam Belanda elok untuk merawat jerawat. Anda yang memiliki kulit berjerawat, disarankan menghindari pengambilan makanan pedas, manis serta hasil tenusu di dalam diet anda.

Tuesday 22 May 2018

PENTINGNYA SET PERAWATAN WAJAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada visitor blog dan blogger2 sekalian,

Semestinya di bulan Ramadhan ini badan agak lesu dan letih, namun itu bukan satu alasan bagi kita untuk tidak beribadah dan lupakan tentang semua penjagaan diri dan wajah.
Penjagaan wajah amat penting bagi setiap manusia untuk kekal sihat fizikal dan mental. 
Cuba anda bayangkan keadaan kulit wajah yang tidak sihat dan tampak tidak bermaya, bagaimana anda ingin berhadapan dengan orang sekeliling dan ini mempengaruhi mental anda, betul?

Jadi, berupaya lah untuk kekal sihat bagi meningkatkan tahap keyakinan diri anda.
So, pada hari ini saya ingin kongsikan cara bagaimana untuk memilih Set Perawatan Wajah yang betul dan sesuai untuk kulit wajah anda.

Banyak Set Penjagaan Wajah yang menawarkan manfaat memberi kulit putih, halus dan mulus, serta menawarkan hasil yang cepat. Masalahnya, Anda tidak  mengetahui kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut. Kerana itu, penting untuk lebih bijak dalam memilih Set Penjagaan Wajah yang sesuai jenis kulit dan tidak membahayakan kesihatan kulit.

Disini saya sharekan tips untuk memilih Set Penjagaan Wajah yang baik bagi kulit ;


  • Memberikan perlindungan ekstra

Pastikan produk yang anda gunakan memberikan perlindungan ekstra, contohnya ia mampu melindungi kulit dari sinar UV A dan UV B, dengan kandungan SPF dan PA+++ yang mampu melindungi kulit dari sinar matahari secara maksima.

  • Tarikh Luput

Semasa membeli Set Penjagaan Wajah, perhatikan juga tarikh luputnya. Bukan hanya makanan, Set Penjagaan Wajah juga mempunyai masa luputnya .
Pemakaian Set Penjagaan Wajah yang telah luput tarikhnya, mampu membuat kulit mengalami iritasi atau masalah kulit . 

  • Gunakan Set Penjagaan Wajah yang sesuai.

Hindari menggunakan Set Penjagaan Wajah secara berlebihan. Berikan waktu pada kulit untuk bernafas.

  • Set Penjagaan Wajah Bahan Alami (Organik)

Gunakan produk Set Penjagaan Wajah dengan kandungan yang alami dan natural, terutama pada produk Set Penjagaan Wajah yang bersentuhan langsung dengan membran atau kulit tubuh dan dipakai dalam jangka lama.

Set Penjagaan Wajah dengan bahan alami sangat bagus bagi kulit Anda, apatah lagi jika di dalamnya sudah mengandungi bahan yang memberikan manfaat nutrisi, perlindungan dan hidrasi pada kulit. 
Seperti produk dari Estee Beauty Skincare & Nadiz Nature Skincare.
Dengan kandungan alami yang ada di dalam produk Estee Beauty Skincare & Nadiz Nature Skincare , ia mengandungi Vitamin C, Royal Jelly, Moringa Leaf , serta berbagai ekstrak tumbuhan yang mampu melembapkan serta membantu mengelakkan munculnya kerosakan pada kulit wajah. 
Selain itu, pentingnya SPF dan PA+++ yang dapat melindungi kulit dari paparan sinar UVA & UVB.
Kulit di sekitar mata juga harus dirawat dengan penggunaan serum yang sesuai dengan kandungan Allantoin dan Echium Oil yang dapat mencegah kulit kering, soya lecithin yang dapat melembapkan kulit dan vitamin E yang dapat menangkal radikal bebas. Kandungan dalam Set Penjagaan Wajah, selain tampak cantik ia juga dapat merawat kulit Anda.
Maka sebaiknya Anda menggunakan Set Penjagaan Wajah yang 0% bahan kimia karena memilih Set Penjagaan Wajah juga harus sesuai dengan kondisi kulit Anda. Serta, pilihlah Set Penjagaan Wajah yang tidak membahayakan kesehatan kulit Anda.




TEKANAN PERASAAN MAMPU MEROSAKKAN MENTAL DAN FIZIKAL



Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada visitor blog saya.


Kesihatan dan kesejahteraan diri yang menyeluruh menuntut emosi yang sihat dan sejahtera. Bahkan, banyak penyakit-penyakit fizikal adalah disebabkan oleh gangguan terhadap emosi. Gangguan emosi sering berpunca dari ketidakupayaan individu untuk menangani tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. 

Walaupun tekanan adalah sesuatu yang sangat normal dalam kehidupan seharian, membiarkannya akan mencetuskan keadaan yang lebih buruk terhadap kesihatan diri. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda tekanan adalah penting untuk mencegah penyakit psikologi yang lebih serius.


1. Gangguan tidur



Tidur merupakan keperluan biologi badan yang normal bagi setiap individu. Ia merupakan satu keadaan di mana badan dan minda berehat dan hubungan dengan alam sedar terhenti. Semasa tidur, proses pemulihan dan tumbesaran badan berlaku. Ini merupakan satu proses yang sangat penting dalam memastikan fungsi badan kembali ke tahap yang optimum. Keadaan minda yang tidak tenang seperti bimbang, murung, putus asa dan lain-lain emosi yang negatif cenderung untuk menyebabkan gangguan rutin tidur individu. Minda dan emosi yang tenang dapat menyumbang terhadap keupayaan individu untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

2. Perubahan rutin pemakanan

Tekanan cenderung untuk mempengaruhi selera dan pengambilan makanan individu. Bagi sesetengah individu, tekanan perasaan yang berlebihan cenderung untuk menyebabkan kehilangan selera makan. Sebaliknya, bagi sesetengah individu, pengambilan makanan seperti aiskrim dan coklat cenderung untuk meningkat seiring dengan tekanan perasaan yang di alami. Perubahan mendadak selera makan mungkin berkait dengan bebanan emosi yang berlebihan dan harus dipandang serius.

3. Gejala kesihatan fizikal yang tidak dapat dijelaskan

Tekanan perasaan cenderung untuk menyebabkan gangguan terhadap kesihatan fizikal. Antara masalah yang biasa dikaitkan dengan tekanan emosi adalah seperti sakit kepala, perut memulas, cirit-birit, sembelit, dan sakit yang berkait dengan otot seperti lenguh tengkuk dan belakang. Jika keadaan ini dialami, tanpa sebab perubatan lain, pengurusan tekanan emosi harus dilihat sebagai alternatif untuk menangani keadaan ini.

4. Kesukaran mengawal emosi negatif 

Individu cenderung untuk memindahkan emosi yang dialami terhadap orang di sekeliling mereka. Antaranya adalah terbawa-bawa emosi negatif yang dialami di tempat kerja ke rumah dan mempengaruhi pasangan dan anak anda. Adalah tidak sihat jika persekitaran sesebuah keluarga sentiasa dikuasai oleh emosi negatif. Apabila seseorang mempunyai kesukaran untuk mengawal emosi negatif mereka, terutama apabila berada dalam persekitaran sosial seperti dirumah atau ditempat kerja, individu tersebut mungkin mempunyai bebanan perasaan yang berlebihan.
5. Tingkah laku obsesif kompulsif 
Perilaku obsesif merujuk kepada keadaan minda yang was-was dan disertai perasaan bimbang. Ini diikuti oleh tingkah laku kompulsif yang cenderung untuk dilakukan berulang-ulang. Sebagai contoh, individu yang berulang kali memeriksa sama ada pintu rumah telah dikunci atau tidak dan tetap was-was sama ada telah melakukannya. Pembentukan tingkahlaku obsesif-kompulsif didapati mempunyai perkaitan dengan bebanan tekanan emosi yang berlebihan.

6. Keletihan melampau

Apabila badan tidak dapat menangani bebanan tekanan perasaan, ia sering ditunjukkan dalam bentuk keletihan fizikal yang melampau. Walaupun pemeriksaan perubatan tidak menunjukkan apa-apa penjelasan untuk keadaan ini, ia mungkin mempunyai perkaitan dengan bebanan tekanan emosi yang tidak ditangani dengan berkesan.

7. Masalah ingatan
Gangguan ingatan seperti lupa adalah perkara yang normal dalam kehidupan seharian. Setiap individu sudah tentu pernah terlupa dari masa ke semasa. Walaupun ia perkara yang tidak menyenangkan dan boleh menimbulkan pelbagai masalah, ia bukanlah sesuatu yang serius. Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang menjadi pelupa. Namun, jika tidak mempunyai penjelasan klinikal, ia cenderung untuk mempunyai perkaitan dengan bebanan emosi yang berlebihan.

8. Menjauhi aktiviti sosial

Setiap individu mempunyai aktiviti yang boleh menggembirakan diri masing-masing. Hilang minat terhadap aktiviti-aktiviti tersebut boleh menjadi tanda-tanda bahawa seseorang mempunyai bebanan tekanan perasaan yang berlebihan. Perubahan yang ketara dalam tingkahlaku sosial cenderung untuk berkait dengan bebanan emosi yang tidak ditangani dengan berkesan.

9. Hilang keinginan seksual

Penurunan atau kehilangan keinginan seksual juga mempunyai kaitan dengan gangguan emosi individu. Sungguhpun banyak sebab lain yang boleh membawa kepada keadaan ini, bebanan tekanan perasaan merupakan salah satu daripada sebab-sebab tersebut. Terutamanya jika seseorang itu tidak mempunyai masalah lain bersama pasangannya.

10. Perubahan mood dan tingkahlaku

Perubahan mendadak mood seseorang yang jelas dilihat dan dirasai oleh orang disekeliling merupakan satu tanda tekanan perasaan yang berlebihan. Walaupun tidak disedari oleh individu itu sendiri, maklum balas dari persekitaran sosial perlu dipandang serius dalam memastikan kesihatan emosi.

Monday 21 May 2018

BAGAIMANA CARA INGIN MENGHINDAR WHITEHEAD DAN BLACKHEAD MUNCUL PADA KULIT ANDA





Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada visitor blog dan blogger sekalian.


Pada malam ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai cara untuk menghindar Whitehead & Blackhead daripapa muncul di kulit wajah anda.

Bagaimana?

  • Punca terhasilnya Blackhead & Whitehead adalah daripada faktor ketebalan sel kulit mati pada wajah. Ia juga dikaitkan dengan kegagalan proses rembesan minyak untuk keluar dengan sempurna pada lapisan kulit, ini menyebabkan rembesan minyak itu tadi terkumpul didalam pori wajah dan terhasilnya Whiteheads. Apabila Whitehead terdedah kepada permukaan, ia di infeksi oleh bakteria dan proses dioksidasi berlaku dan itu terhasilnya Blackheads.
  • Terdapat juga sesetengah individu menyatakan bahawa proses terhasilnya blackhead dan whitehead adalah berpunca daripada kandungan minyak pada wajah terlalu tinggi dan masalah kulit wajah yang terlalu kering menjadi punca permasalahan kulit tadi berlaku.
  • Konsepnya tetap sama, punca terhasilnya adalah daripada Sel kulit mati yang banyak pada permukaan lapisan kulit wajah.

Setelah anda mengetahui bagaimana blackheads & whiteheads terjadi, semestinya anda ingin mengetahui cara menghindarnya bukan?

Cara bagi menyelesaikan masalah blackhead & whiteheads ini adalah :-
  • Lakukan proses Exfoliator sekurang-kurangnya 2-3kali seminggu.


    • Cuci muka 3-4 kali sehari ikut pada kondisi kulit wajah
    Image result for cleanse face

    • Gunakan pelembab wajah ( atas nasihat pakar kulit )

    • Amalkan pengambilan buah-buahan tinggi vitamin-C.
      Image result for fruits vitamin c

    • Amalkan gaya hidup sihat.





    • Minum air mineral sekurang-kurangnya 2-3litter sehari.



    • Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan pedas.

    Image result for avoid spicy food

    KENALI PENGHUNI KULIT ANDA

    Jom kenali jerawat pada kulit anda !



    Jenis Jerawat Dan Cara Mengatasinya.Adakah muka anda bermasalah dengan jerawat ?

    Anda berminat Untuk mengetahui 5 jenis jerawat ?
    Sebelum itu, anda perlu mengenali fakta tentang kulit muka anda terlebih dahulu dahulu kerana kulit merupakan organ yang banyak terdedah kepada keadaan persekitaran sekeliling.

    Apa itu Kulit ?

    Kulit merupakan organ yang paling besar yang mengandungi berat sekitar enam paun, kulit berfungsi melindungi otot dan organ manusia.
    Kulit juga memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat dan cantik. Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan elok boleh menjurus kepada mendapatkan kulit sihat.
    Jika anda mempunyai masalah kulit yang berkaitan dengan jerawat, anda pastinya ingin tahu hendak tahu lebih lanjut tentang jenis jerawat dan cara mengatasinya.

    1. Jerawat Papula
    • Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.

    2. Jerawat Pustules
    • Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)

    3. Blackheads
    • Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.

    4. Whiteheads
    • Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.

    5. Nodul ( akne kronik )
    • Terdiri daripada bentuk benjolan keras di bawah permukaan kulit lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak akan hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.

    Jika tidak dirawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas ianya kecut.
    Lebih besar ruangan radang lebih mudah ianya terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. 
    Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri anda.

    Antara Punca Perlakunya Jerawat Ini Adalah Kerana :

    • Faktor hormon terutamanya untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an. Maka perkara ini merupakan normal berlaku, jangan takut.
    • Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan juga. Misalnya ayah atau emak anda mempunyai jerawat yang banyak mungkin juga anda memiliki gen yang sama.
    • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit. 

    Selepas anda mengetahui 5 Jenis Jerawat,  sekarang anda perlu tahu cara mengatasinya.

    Antara Cara-Cara Mengatasi Jerawat adalah :
    • Membersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Sebagai contoh, anda mencari pencuci muka yang boleh membantu membersihkan minyak di muka dan mengurangkan jerawat.
    • Mengambil produk kecantikan untuk luaran yang terbukti berkesan. Sebagai contoh saya syorkan menggunakan Exfoliator untuk bantu menangalkan sel kulit mati dan kecutkan jerawat di kulit wajah.
    • Anda juga boleh ambil minuman tambahan untuk proses Detox dalaman yang sesuai dan mestilah mendapat pengesahan oleh pakar nutrisi.

    Sunday 20 May 2018

    DEMODEX PEROSAK KULIT. AWAS!



    Info kesihatan kulit 👨🏼‍⚕️


    Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada vistior blog doc. Pada petang ini doc ingin kongsikan sedikit info tentang bahaya Parasit kulit yang diberi nama Demodex.


    Demodex adalah sejenis hama yang hidup di dalam kelenjar minyak folikel rambut manusia. 😱

    Ia berkait rapat dengan folikulorum Demodex , satu lagi jenis hama. Secara kolektif, D. brevis dan D. folliculorum dirujuk sebagai Demodex. 

    Dalam beberapa kajian, hama Demodex telah ditemui dalam 10% daripada lapisan kulit pertama dan 12% daripada folikel. 

    Melalui pemeriksaan kepada individu, sample  menemui sekurang-kurangnya satu spesies Demodex dalam semua orang yang diuji.

    Hama adalah mikroskopik, bermakna mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Walaupun kebanyakan orang dengan D. brevis tidak menyedari bahawa mereka membawa hama ini, mereka yang mengalami masalah kulit atau alahan teruk berkemungkinan besar mengalami gejala yang dibawa oleh Hama Demodex ini.

    Kebanyakan orang yang mengalami gejala ini hanya pembawa hama. Ia tidak diserang dengan teruk.

    Walau bagaimanapun, serangan besar hama boleh membawa kepada gejala seperti:

    ➡️ kulit merah

    ➡️ tekstur kasar ke kulit, seperti kertas pasir

    ➡️ sensasi terbakar dalam kulit

    Atas nasihat, jaga kebersihan diri dan sentiasa kekalkan amalan pemakanan sihat bagi memberi daya tahan kulit dan badan agar tidak dijangkiti gejala Demodex. 👍

    IMPETIGO VIRUS MERBAHAYA KEPADA KANAK-KANAK



    Assalamualaikum warga blogger dan visitor blog saya. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak.

    blog posting kali ini saya ingin berkongsi tentang bahaya IMPETIGO pada kanak-kanak.

    Impetigo adalah infeksi kulit yang disebabkan oleh bakteri, berupa lepuh atau bercak luka terbuka pada kulit, yang kemudian menimbulkan kerak berwarna kuning atau coklat.

    Penyakit ini boleh menular kerana perhubungan secara langsung antara kulit dengan kulit atau dengan barang-barang perantara, seperti baju, atau peralatan makan yang telah dicemari bakteria.

    Impetigo lebih sering terjadi pada kanak-kanak daripada orang dewasa. Tingginya interaksi fisik dengan rakan-rakan sebaya di lingkungan sekolah atau taman bermain membuat anak-anak lebih sering menjadi korban impetigo.

    Awasi anak anda dan jaga kebersihan diri

    URTICARIA TEKANAN KEPADA PESAKIT



    Pernahkah anda mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan

    Kulit anda juga akan bengkak dan mengalami kemerah merahan. Kadang-kadang kulit anda juga akan menjadi gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan mengatakan itu adalah gegata. 
    Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil URTICARIA

    ‼️
    Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.💊

    💉
    Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

    Rawatannya 



    • Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.


    • Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.


    Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai. Sekian.



    Friday 18 May 2018

    MILIA SEEDS PENYUMBANG KEPADA KETUAT (MOLE) KEKAL

    Image result for milia seed

    Milia Seeds? Apa tu?

    How to prevent or to cure it?

    Milia seeds also known as oil seeds or “bintik minyak” yang biasanya jelas kelihatan dibawah mata dan kawasan lain di wajah.

    Punca utama terjadinya milia seed ini adalah dari paras kolestrol dalam tubuh/darah.

    It was like wants to warn us that, “hey, quickly do your bloody blood test‼️”

    Mungkin kita tak ambil berat sangat kerana ianya tidak menyakitkan seperti jerawat‼️

    Namun, harus kita tahu bahawa ia sangatlah tidak baik untuk kita, bukannya saja memburukkan penampilan malah kesihatan kita.


    Cara Menghilangkan Milia Seed atau Oil Seed

    There are few ways to get rid of milia seeds or oil seeds. It was easy, if we practice this consistently definitely it will gone for real. 



    1 Sauna Wajah

    Rendam tuala bersih dalam air panas.
    Letak tuala di wajah beberapa minit.
    Ulang lagi beberapa kali. Buat setiap hari.
    Boleh juga stimkan muka selama 10 - 15 minit.
    Sapu cuka epal selepas sauna wajah

    2 Madu

    Bersihkan wajah dengan cleanser.
    Digalakkan untuk menggunakan cleanser untuk kult berminyak
    Keringkan wajah
    Sapukan madu ke seluruh muka selama 15 minit.
    Madu juga boleh juga dicampur dengan minyak jojoba.
    Bersihkan wajah

    3 Tea Tree / Aloevera

    Sapukan tea tree oil pada kawasan yang mempunyai masalah sebelum tidur, setiap hari. Boleh juga amalkan menyapu aloevera setiap hari sebelum tidur pada bahagian yang dikehendaki.


    4 Scrub Wajah

    Image result for face scrub

    Scrub is important to exfoliate dead skin cells.
    Every week at least one time.


    5 Stab it

    Bersihkan wajah dan cucuk di tengah-tengah milia seed menggunakan acne needle.
    Make sure the needle is clean, squeeze the area but do not use your nail to squeeze the milia seeds.


    6 Leave it to the pro


    If the seeds refuse to dissapear from your pretty face, consult any skin clinic. Jangan memandai nak potong haha

    Remember! Jangan sesekali biarkan pencuci muka terkena pada bahagian mata secara berlebihan kerana bahagian mata mempunyai kulit yang sangat nipis dan sensitif, lebih nipis dari kulit muka. So the right way to clean up your eye makeup, hanya perlu 'dap dap' bahagian mata anda menggunakan kapas yang telah di letakkan pembersih makeup.
    so far dah ramai dah terjebak dengan oil seeds ni juga tapi boleh nampak makin kurang. Cuma kena jaga makan, pastu jaga muka baik-baik. Jangan bagi berminyak, pakai serum. 

    Jagalah penampilan kulit wajah anda.

    Wednesday 16 May 2018

    APAKAH PUNCA KULIT WAJAH KERING?

    Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada visitor blog site saya.


    cara-atasi-kulit-kering-kusam


    Terdapat pelbagai sebab kenapa kulit anda kering dan gatal. Apa sebenarnya yang menyebabkan mengalami masalah tersebut. Bagi kebanyakan orang, kulit kering tidak semestinya disebabkan oleh penyakit kulit, tetapi ia boleh disebabkan oleh sabun, pakaian, salah guna pelembab dan mandian air panas.

    Bukan itu sahaja, ubat-ubatan untuk masalah seperti diabetes, psoriasis atau maltrunisi juga boleh menyebabkan masalah kulit kering yang teruk. Teruskan bacaan anda untuk memahami bagaimana dan kenapa masalah-masalah yang dinyatakan mengeringkan kulit anda.


    Memahami Masalah Kulit Kering dan Gatal

    Kulit sihat yang normal di lapis satu lapisan lipid semula jadi atau lapisan bahan berlemak. Lapisan ini yang memastikan kulit sentiasa lembab menjadikan kulit sentiasa lembut dan anjal.



    Image result for garu muka


    Kulit kering atau terma perubatannya, xerosis biasanya disebabkan oleh persekitaran atau anda telah lakukan sesuatu terhadap kulit, yang menyebabkan minyak berlemak terhakis menyebabkan kulit anda tidak dilindungi. Jarang sekali ia disebabkan masalah dalaman. Selalunya masalah kulit kering ia berpunca daripada keadaan kesihatan, monopause atau genetik.

    Meskipun sekelompok kulit kering yang gatal boleh muncul di mana-mana, ia biasanya dibahagian tangan, lengan, tapak kaki dan abdomen. Jika ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan dermatitis, bengkak, kembang dan jangkitan. Meskipun ia masalah luaran, kebanyakkan rawatan untuk kulit kering juga melibatkan rawatan luaran. Dengan penjagaan kulit kering yang rapi, biasanya masalah terbebut boleh diatasi.

    Salah Guna Pelembab Punca Kulit Kering Dan Gatal

    Jika anda menghadapi masalah kulit kering, barangkali anda telah mencuba pelbagai jenis pelembab kulit. Walaupun ia salah satu cara rawatan penting, pakar mengatakan cara penggunaannya salah dan tidak betul.

    salahguna-pelembap

    Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah mengaplikasikan pelembab masa yang tidak sesuai. Masa yang sesuai untuk mengaplikasikan pelembab adalah selepas mandi pada ketika kulit masih lembab. Apabila anda menyapu pelembab, pastikan kulit anda tidak basah sebaliknya lembab. Pelembab akan membantu memerangkapkan kelembapan yang terdapat pada kulit.

    Pada masa yang sama, anda perlu dapatkan krim pelembab yang betul dan sesuai untuk kulit anda. Pakar kulit mencadangkan anda mendapatkan krim pelembab kulit yang sederhana dan tidak mengandungi alkahol atau pewangi. Tidak semestinya anda mendapatkan krim yang mahal. Ada kalanya krim pelembab yang murah lebih memberikan kesan yang terbaik.

    Udara Kering Punca Kulit Kering Dan Gatal

    Udara kering adalah antara penyebab kulit kering, lebih-lebih lagi di kawasan yang sejuk atau berpenghawa dingin. Ia menyerap keluar kelembapan dari kulit. Apabila terlampau sejuk, anda akan terasa kulit anda kering dan kelihatan garisan putih apabila menggaru. Ia adalah petanda kulit mengering.

    udara-kering-punca-kulit-kering

    Begitu juga jika anda melancong ke luar negara pada musim sejuk. Kulit anda akan mengalamai masalah kulit kering yang dikenali sebagai “winter itch”.
    Sapukan krim pelembab terlebih dahulu sebelum anda masuk kawasan berpenghawa dingin untuk satu jangka masa yang panjang.atau jika anda melancong ke luar negara pada musim sejuk, pastikan anda menggunakan pakaian yang tebal lengkap dengan topi atau snowcap, skaf dan sarung tangan apabila anda di luar.

    Sabun Punca Kulit Kering Dan Gatal

    Sabun juga boleh menjadi penyumbang dan penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kering dan gatal. Ini kerana ia mampu menghakis dan membuang minyak semulajadi yang terdapat pada kulit. Minyak semulajadi ini yang menghalang air dari diserap keluar dari kulit.

    sabun-punca-kulit-kering
    Meskipun telah dinasihatkan oleh doktor untuk sentiasa membersihkan tangan secara kerap, ia boleh mendatangkan masalah. Ironinya mencuci tangan secara berlebihan dengan sabun akan mengeringkan kulit seterusnya menyebabkan kulit merekah dan berdarah serta boleh membawa kepada jangkitan kulit. Elakkan juga penggunaan span yang kasar, kerana ia juga boleh menghakis lapisan minyak kulit.
    Membeli sabun tidak sesuai dan yang kasar seperti sabun anti bakteria yang menghasilkan banyak buih sebenarnya membuang minyak dari permukaan kulit apabila kering. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, adalah dicadangkan anda mencari “mild skin cleanser” dari membeli sabun.

    Estee Beauty Skincare Membantu Mengatasi Kulit Kering Dan Gatal



    Estee Beauty Cleanser adalah pencuci wajah dari gabungan bahan alami Royal Jelly  dan Esktrak Orange (Vitamin-C) . Ia adalah suatu revolusi terkini dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Royal Jelly dan Orange semulajadi dipercayai mengandungi Vitamin yang mempunyai kesan yang positif terhadap kesihatan kulit manusia.

    Selain daripada itu, Estee Beauty Cleanser dapat membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Sesuai untuk anda jika mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak. Ia bertindak dengan mengecil dan menutup liang pori, yang menjadi punca bakteria berkumpul dan menyebabkan jerawat Ia juga memudarkan parut jerawat dan  jeragat. Sehubungan itu juga, ia mengekalkan pH pada wajah dan menyergarkan kulit yang terdedah pada sinaran UV. Esten Cleanser juga menjadikan kulit lebih segar, sihat & bersinar. Kulit anda akan kelihatan lebih cantik secara semulajadi.

    Bagi yang bermasalah gatal akibat alahan atau, cucian wajah formulasi khas ini mampu mengurangkan alahan. Ia juga berupaya untuk merawat resdung, Dengan cuaca yang tidak mengizinkan, Estee Cleanser ini dapat meredakan kerengsaan pada kulit.

    Punca kulit wajah berjerawat

    Assalamualaikum, Info ini saya sediakan kepada anda yang sering mengalami masalah jerawat. Masalah kulit itu banyak sekali faktor dan penyeb...