Title bergerak-gerak

Saturday 2 June 2018

MAKAN SECARA SIHAT



Asalamualaikum dan salam ramadhan, pada pagi ini saya ingin kongsikan amalan pemakanan sihat bagi mendapatkan kulit wajah yang mulus dan tampak sihat.

Mungkin anda kerap kali terlupa dalam sistem penjagaan kesihatan tubuh badan juga ada terkait dengan sistem penjagaan kulit wajah, amalan pemakanan ini amat penting bagi mendapatakan hasil yang menarik pada kulit wajah anda. Disini saya akan kongsikan tips2 menarik untuk anda .


Semua jenis makanan mempunyai manfaat yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit.
Bahkan,memiliki kulit cantik dan sihat merupakan impian setiap orang. Oleh sebab itulah ada pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan kulit cantik, putih dan bersih.
Cara semulajadi untuk mempercantikan kulit adalah dengan pengambilan makanan yang baik bagi kecantikan kulit, kerana di dalam makanan terdapat ribuan fitokemikal, serat dan vitamin yang bekerjasama untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Untuk itu, kita perlu mengambil makanan yang dapat mempercantikan kulit.

Berikut adalah beberapa jenis bahan makanan yang wajib diselitkan dalam jadual menu harian anda. Makanan ini mampu membuatkan kulit anda tetap sihat dan cantik.


1. Yogurt
Yogurt bagus untuk kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat serta menghilangkan kelemumur. Sebaiknya pilihlah yogurt yang  ‘low fat’ dan ‘low sugar’ untuk menghindari  terjadinya peradangan kulit. Selain itu, yohurt juga merupakan antibiotik natural yang dapat membantu memproduksi bakteria baik dalam tubuh serta menjaga kesihatan sistem penghadaman.



2. Kekacang
Beberapa jenis kacang  yang memiliki khasiat luar biasa untuk kulit adalah buah badam (almond), pistachio, hazelnut, dan walnut. Ia mengandungi vitamin E, yang mampu menjaga kelembapan kulit, mengatasi kekeringan dan membuat kulit kelihatan lebih muda dan lembut.



3. Sayur-Sayuran Berwarna
Jenis makanan kaya serat ini sebaiknya tidak anda tinggalkan dalam jadual menu harian anda. Sayuran berwarna seperti lobak merah, bayam, dan ubi banyak mengandung beta-karoten. Vitamin A kaya akan antioksidan serta mampu membantu mencegah penuaan semulajadi  serta kerosakan sel yang mengurangi risiko kanser kulit.
Manakala sayur bayam pula mengandungi zat besi, folat, klorofil, magnesium, serat, protein dan vitamin C, E dan A. Ketiga-tiga vitamin ini sangat baik untuk kulit. Bahkan bayam juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan pelbagai masalah kulit.  Pengambilan bayam pada setiap hari, anda boleh membersihkan kulit dari  luar dan dalam.



4. Vitamin C
Vitamin C merupakan zat yang paling sering digunakan sebagai campuran bahan dasar aktif daripada produk perawatan wajah. Beberapa istilah yang sering digunakan adalah L-Ascorbic Acid, Ascorbyl Palmitate, atau Magnesium Ascorbyl Phosphate. Salah satu alasannya, vitamin C memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi.
Selain itu, jenis buah ini mampu membantu tubuh menghasilkan kolagen untuk memperkuatkan pembuluh darah kapiler sebagai saluran nutrisi kulit. Beberapa jenis makanan yang kaya vitamin C adalah: anggur, blueberry, jambu, kiwi, lemon,betik, strawberi dan ubi.Antioksidan seperti vitamin C, E dan beta-karoten dapat mengurangi peradangan dan jerawat. Selain itu, vitamin C juga mampu melindungi kulit daripada efek buruk sinaran matahari.


  
5. Makanan Laut
Kandungan zink dan asid lemak omega 3 pada ikan, sangat bagus untuk membantu melembapkan kembali kulit anda yang kering dan mengalami inflamasi. Kekurangan omega 3 pada kulit boleh juga menyebabkan penuaan semulajadi dan terjadinya ekzema dan psoriasis.



6. Paprika (Merah)
Sebiji paprika mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari. Selain itu, paprika juga mengandungi banyak serat, vitamin B6, dan kaya dengan karoten yang dapat mencegah kedutan dan melancarkan perjalanan darah ke kulit, sehingga anda kelihatan lebih awet muda.

Ekstra Tips!

Makanan Terbaik Untuk…
Kulit Kering
Perbanyakkan pengambilan sayuran berwarna hijau tua, seperti bayam. Gunakan minyak yang kaya omega 3, sebagai salad dressing atau menumis.

Kulit Mudah Gatal
Vitamin B mampu membantu melancarkan perjalanan darah agar kulit tidak terlalu kering dan menimbulkan gatal-gatal. Elakkan pengambilan makanan yang boleh menambahkan lagi alergi tersebut  seperti telur, sotong dan lain-lain.

Kulit Berminyak
Hindari makanan manis dengan kadar gula tinggi dan jenis makanan segera. Sebaiknya gunakan minyak zaitun sebagai pengganti mentega ataupun bahan menumis.

Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayuran hijau, bayam, lobak, kentang dan juga ayam Belanda elok untuk merawat jerawat. Anda yang memiliki kulit berjerawat, disarankan menghindari pengambilan makanan pedas, manis serta hasil tenusu di dalam diet anda.

No comments:

Post a Comment

Punca kulit wajah berjerawat

Assalamualaikum, Info ini saya sediakan kepada anda yang sering mengalami masalah jerawat. Masalah kulit itu banyak sekali faktor dan penyeb...