Title bergerak-gerak

Thursday 21 January 2021

Punca kulit wajah berjerawat

Assalamualaikum,
Info ini saya sediakan kepada anda yang sering mengalami masalah jerawat.

Masalah kulit itu banyak sekali faktor dan penyebabnya tidak hanya dari penggunaan skincare saja, faktor-faktor umum seperti gaya hidup juga sangat mempengaruhi munculnya permasalahan kulit .
Selain itu pola makan, pola tidur dan kebersihan sehari-hari juga mesti dititikberatkan ya🤗🤗🤗

Disini ada beberapa penyebab jerawat dari tempat tumbuhnya, supaya anda tau kenapa jerawat itu muncul kerap kali , dan tidak sentiasa menyalahkan skincare saja 🤭🤭

1. jerawat didahi
🌟 Stress
🌟 Insomnia
🌟 Masalah dengan sistem pencernaan
🌟 Helmet @ topi yang kotor
🌟 Inner hijab yang kotor
🌟 Hormon 


2. Jerawat didagu & rahang
🌟 Ketidakseimbangam hormon
🌟 Hamil
🌟 Gangguan sistem menstruasi
🌟 Pola makanan dan gaya hidup yang tidak sihat
🌟 Gula berlebihan

3. Jerawat Dipipi
🌟 Screen handphone yang kotor
🌟 Sarung bantal yang kotor
🌟 Sering menyentuh muka dengan tangan yang kotor
🌟 Membersih kosmetik tidak secara bersih seluruh
🌟 Merokok
🌟 Tudung @ masker muka yang kotor

4. Jerawat Dihidung
🌟 Terlampau banyak mengambil makanan berminyak dan berlemak
🌟 Sirkulasi darah yang teruk
🌟 Stress

5. Jerawat Dihairline (garis rambut sekitar dahi)
🌟 Rambut yang kotor dan berminyak
🌟 Pengaruh shampoo dan perapi
🌟 Produk pewarna rambut 

So, anda semua dah dapat info lengkap apa yang terjadi pada kulit wajah anda. Bukan punca skincare semata ya. 😊

Semoga bermanfaat untuk membantu anda mendapat kulit yang anda idamkan 🥰🥰

Sunday 24 November 2019

KANSER PAYUDARA

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika sebut mengenai kanser payudara, pastinya yang terlintas di fikiran adalah wanita. Ini kerana wanita sering kali dikaitkan dengan penyakit kanser payudara, tetapi sedar tak penyakit ini juga boleh berlaku ke atas orang lelaki juga.

Image result for kanser payudara
KANSER PAYUDARA DIKALANGAN LELAKI

Isu lelaki menghidapi penyakit kanser payudara adalah sangat jarang berlaku tetapi ianya tidak mustahil bagi orang lelaki untuk menghidapi penyakit ini. Untuk pengetahuan kamu semua, kanser payudara menyerang orang lelaki dewasa yang telah berumur.

Jika kamu dapat mengenalpasti petanda awal penyakit kanser payudara ini, kamu mempunyai peluang yang tinggi untuk sembuh. Biasanya rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit kanser payudara adalah pembedahan untuk membuang tisu payudara, kemoterapi dan terapi radioterapi.


  • Petanda Kamu Menghidap Penyakit Kanser Payudara



Kamu perlu mengenalpasti petanda-petanda awal penyakit kanser payudara agar kamu dapat menerima rawatan awal serta dapat membantu diri dari terus melarat. Berikut adalah petanda-petanda penyakit kanser payudara yang telah dikenalpasti.

 • Wujudnya ketulan-ketulan yang tidak menyakitkan

 • Terdapat ketebalan di bahagian tisu payudara

 • Kulit di sekeliling payudara bertukar menjadi berkedut dan kemerah-merahan

 • Puting mula bertukar rupa


  • Punca Dan Di Mana Kanser Payudara Bermula


Sebenarnya masih tiada sebab yang jelas mengapa kanser ini berlaku ke atas lelaki. Doktor mendapati bahawa kanser payudara yang di alami oleh orang lelaki memiliki sel kanser yang banyak berbanding sel sihat.

Dengan pertumbuhan sel sehingga terjadinya tumor, ia terus merebak ke tisu-tisu yang berdekatan dalam payudara. Kanser payudara bermula di beberapa bahagian pada payudara dan kebanyakan kanser payudara bermula pada bahagian duktus iaitu bahagian yang membawa susu ke puting (ia juga di kenali sebagai kanser duktus).
Dan ada juga kanser berlaku di bahagian lain seperti kelenjar yang menghasilkan susu payudara (atau di kenali sebagai kanser lobular.


  • Apa Itu Gangguan Gynecomastia
Image result for gynecomastia
GYNECOMASTIA

Gynecomastia merupakan gangguan yang biasa terjadi pada pesakit lelaki yang menghidap kanser payudara. Ianya bukanlah tumor tetapi sebuah keadaan di mana ia menyebabkan pertumbuhan tisu payudara yang banyak di dalam payudara lelaki.
Biasanya lelaki memiliki tisu payudara yangs sedikit, gynecomastia ini dapat di kenalpasti pada payudara. Di mana terdapat bentuk butang atau disk yang membesar di bawah puting dan areola (yang merupakan lingkaran gelap pada sekeliling puting).

Oleh itu, penting untuk kamu membuat pemeriksaan jika wujudnya rasa ketulan di sekitar payudara atau bawah puting.

Jika diri kamu menghidapi penyakit kanser payudara ini, kamu akan terdedah kepada pelbagai risiko yang tinggi antaranya adalah:

 • Umur – Semakin berusia atau semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko kanser payudara kamu miliki. Biasanya lelaki yang menghidap kanser payudara ini sekitar umur 60 tahun dan ke atas.

 • Hormon estrogen yang tinggi – Jika kamu mengambil mana-mana ubat yang berkaitan dengan estrogen seperti contoh ubat yang sering digunakan dalam terapi hormon ia akan meningkatkan risiko penyakit kanser payudara.

 • Ahli keluarga ada yang menghidap penyakit kanser – Jika ahli keluarga terdekat mempunyai sejarah menghidap kanser payudara, maka kamu juga berkemungkinan menghidap penyakit yang sama.

 • Sindrom klinefelter – Atau sindrom genetik di mana anak-anak lelaki yang lahir memiliki lebih dari satu kromosom X dan ini menyebabkan berlakunya pertubuhan zakar yang tidak normal serta sekaligus menyebabkan hormon lelaki androgen berkurang dan hormon wanita estrogen bertambah di dalam diri lelaki.

 • Penyakit hati – Selain itu, kamu juga berisiko menghidap penyakit hati yang menyebabkan jumlah hormon lelaki berkurang dan hormon wanita bertambah serta meningkatkan risiko kanser payudara.

 • Obesiti – Penyakit obesiti berkait rapat dengan jumlah hormon estrogen yang tinggi di dalam tubuh badan yang mana ia juga meningkatkan risiko kanser payudara.

• Penyakit zakar atau pembedahan – Jika zakar kamu mengalami keradangan atau kamu menjalani pembedahan membuang zakar, ia akan meningkatkan risiko penyakit kanser payudara.

Dapatkan Rawatan Segera!

Penting untuk kamu ketahui bahawa lelaki juga boleh menghidapi penyakit yang sama dan jika penyakit kanser payudara ini dapat di kesan dengan awal, kamu dapat merawat penyakit tersebut.
Jika kamu mendapati diri kamu mempunyai petanda-petanda yang telah saya nyatakan di atas, eloklah kamu membuat temujanji bersama doktor awal-awal untuk membuat pemeriksaan.
Ingat, jangan anggap ia adalah petanda yang biasa kerana dengan sikap tidak endah kamu akan membuatkan kamu merana. Kanser payudara boleh di tegah apabila kamu dapat mengenali petandanya lebih awal!

Monday 18 November 2019

APA ITU JERAGAT?

Asalamualaikum & salam sejahtera kepada warga net sekalian.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit informasi berkaitan Jeragat dan bagaimana terhasilnya jeragat pada kulit wajah anda.

JERAGAT.

  • Jeragat adalah sejenis masalah kulit yang sangat popular dikalangan individu berusia 30an - 50an. 
  • Jeragat boleh dikenalipasti pada kulit wajah dengan keadaan rupa bentuknya yang sangat ketara di setiap bahagian kulit wajah , terutama di bahagian Pipi.
DARI MANA JERAGAT TERHASIL.

  • Jeragat terhasil dari sel pigmen yang dikeluarkan oleh sel melanosit secara berlebihan dan ini telah mengakibatkan pengumpulan sel2 pigmen pada lapisan epidermis paling atas.
  • Punca terhasilnya pigmen berlebihan adalah berpunca daripada perubahan sistem kulit wajah dimana gangguan daripada radikal bebas luar dan perubahan suhu kulit wajah.
  • Ia berkait rapat dengan pededahan UV yang sangat tinggi dan bahan kimia dari penggunaan produk kecantikan. Selain itu, kerosakan pada sel milanosit berkait rapat dengan perubahan hormon individu.

Gambar rajah sel kulit




Thursday 14 November 2019

PRP TREATMENT (DERMAPEN)


BUNYINYA menakutkan, namun rawatan Plasma Kaya Platelet (PRP) ‘vampire’ (juga dikenali ‘vampire facial’) menjadi kegilaan ramai kerana dikatakan berupaya memperlahankan proses penuaan.

Ia adalah teknik rawatan wajah membabitkan penggunaan darah sendiri bagi mendapatkan kulit licin dan berseri, sekali gus membantu atasi masalah tanda penuaan garis halus serta pigmentasi.
Sejak dipopularkan selebriti terkenal, Kim Kardashian yang memuat naik ke media sosial ketika menjalani rawatan berkenaan dalam rancangan televisyen realiti beberapa tahun lalu, rawatan PRP vampire menjadi fenomena dalam rawatan kosmetik di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Teknik ini menggunakan mesin mengandungi sebilangan jarum halus untuk menebuk kulit muka, bertujuan menghasilkan kecederaan kecil sebelum disapu PRP yang kaya dengan vitamin atau ‘faktor pertumbuhan’.

PRP vampire adalah teknik menggunakan jarum mikro pada mesin automatik yang hujungnya ada jarum-jarum halus. Wajah pelanggan perlu dikebaskan dan mesin ini digunakan di seluruh wajah untuk menebuk kulit muka bagi menghasilkan rongga mikro. Tebukan pada salur darah menyebabkan pendarahan berlaku pada muka dan kerana itu ia dipanggil PRP vampire.

Tujuannya adalah menghasilkan kecederaan kecil supaya memberi isyarat kepada tubuh agar merawat dan memperbaiki kawasan cedera ini. Wajah pelanggan kemudian disapu dengan PRP yang dihasilkan daripada darah pelanggan sendiri.

Untuk mendapatkan PRP, darah diambil dari lengan pesakit dengan sukatan tertentu, kemudian diletakkan di dalam tabung khas sebelum dimasukkan di dalam mesin emparan selama 10 hingga 15 minit bagi memisahkan serum PRP berwarna kekuningan dan sel darah merah.

PRP ini berfungsi seperti baja dan berupaya membina sel baharu bagi menggantikan sel rosak dan membuatkan permukaan kulit lebih gebu serta anjal.

Satu lagi rawatan PRP yang sedikit berbeza iaitu melalui suntikan terus ke bahagian wajah yang disasarkan. Kedua-dua teknik mempunyai kelebihan dan kekurangan,
tetapi banyak klinik kini menggabungkan kedua-dua teknik.

Tambahnya, kesan biasanya dapat dilihat dalam tempoh seminggu selepas rawatan dilakukan dan ia mampu bertahan selama tiga hingga enam bulan, bergantung pada individu.

Selalunya rawatan membabitkan tiga sesi dengan setiap sesi dijalankan dalam tempoh antara dua minggu hingga sebulan. Selepas rawatan biasanya pelanggan mengalami lebam di bahagian beg mata dan hari pertama hingga ketiga berlaku kemerahan pada wajah. Pada masa sama, berlaku pengelupasan kulit sehinggakan apabila dipegang akan terasa kasar tetapi selepas seminggu akan nampak kesan yang mana kulit jadi lebih anjal, cerah dan menyinar.

Rawatan PRP juga boleh dilakukan untuk bahagian tubuh yang lain contohnya untuk melebatkan rambut atau menghilangkan parut. Baru-baru ini teknik rawatan PRP vampire mendapat perhatian dunia apabila dua pelanggan sebuah spa di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) dijangkiti HIV selepas dikatakan menjalani prosedur suntikan di spa berkenaan antara Mei dan September 2018.
Mengulas perkara in, kemungkinan besar kedua-dua mangsa itu mendapat jangkitan akibat spa terbabit menggunakan jarum tercemar atau digunakan lebih daripada sekali.

Syarat wajib rawatan PRP termasuk rawatan muka ‘vampire’ ialah perlu menggunakan darah tuan punya badan dan tidak boleh berkongsi jarum. Jarum hanya boleh digunakan sekali sahaja dan ia perlu dibuang selepas setiap penggunaan.

Ada kemungkinan dua mangsa itu menerima rawatan menggunakan jarum tercemar yang sebelumnya pernah diguna merawat pembawa HIV. Kemungkinan berlaku kejadian sebegitu sangat kecil sekiranya rawatan dikendalikan doktor. Sehubungan itu, perlu diingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran mereka yang tidak mempunyai kelayakan untuk menjalankan rawatan ini.

KENALPASTI JENIS KULIT WAJAH ANDA SENDIRI

Setiap orang memiliki jenis kulit muka yang berbeza. Sudah tentu rawatannya juga berbeza! Jadi pastikan anda tahu jenis kulit muka anda.




😊 Normal - Tidak berminyak dan tidak kering, kelihatan segar dan jarang berjerawat.

🤔 Kering - Kulit nampak kusam, tidak berminyak, garisan expresi disekitar kawasan mata dan mulut nampak jelas, kasar dan bersisik, pori-pori kulit yang halus.

😌 Berminyak - Pori-pori kulit muka besar dan ketara, muka nampak berminyak atau berkilat, muka mudah ditumbuhi jerawat.

😉 Kombinasi - Berminyak di kawasan zon T (dahi, hidung, dagu) manakala kering di bahagian pipi dan sekeliling luaran wajah.

Jadi anda jenis yang mana? Jom share diruangan komen di bawah 💗

Saturday 2 June 2018

MAKAN SECARA SIHAT



Asalamualaikum dan salam ramadhan, pada pagi ini saya ingin kongsikan amalan pemakanan sihat bagi mendapatkan kulit wajah yang mulus dan tampak sihat.

Mungkin anda kerap kali terlupa dalam sistem penjagaan kesihatan tubuh badan juga ada terkait dengan sistem penjagaan kulit wajah, amalan pemakanan ini amat penting bagi mendapatakan hasil yang menarik pada kulit wajah anda. Disini saya akan kongsikan tips2 menarik untuk anda .


Semua jenis makanan mempunyai manfaat yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit.
Bahkan,memiliki kulit cantik dan sihat merupakan impian setiap orang. Oleh sebab itulah ada pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan kulit cantik, putih dan bersih.
Cara semulajadi untuk mempercantikan kulit adalah dengan pengambilan makanan yang baik bagi kecantikan kulit, kerana di dalam makanan terdapat ribuan fitokemikal, serat dan vitamin yang bekerjasama untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Untuk itu, kita perlu mengambil makanan yang dapat mempercantikan kulit.

Berikut adalah beberapa jenis bahan makanan yang wajib diselitkan dalam jadual menu harian anda. Makanan ini mampu membuatkan kulit anda tetap sihat dan cantik.


1. Yogurt
Yogurt bagus untuk kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat serta menghilangkan kelemumur. Sebaiknya pilihlah yogurt yang  ‘low fat’ dan ‘low sugar’ untuk menghindari  terjadinya peradangan kulit. Selain itu, yohurt juga merupakan antibiotik natural yang dapat membantu memproduksi bakteria baik dalam tubuh serta menjaga kesihatan sistem penghadaman.



2. Kekacang
Beberapa jenis kacang  yang memiliki khasiat luar biasa untuk kulit adalah buah badam (almond), pistachio, hazelnut, dan walnut. Ia mengandungi vitamin E, yang mampu menjaga kelembapan kulit, mengatasi kekeringan dan membuat kulit kelihatan lebih muda dan lembut.



3. Sayur-Sayuran Berwarna
Jenis makanan kaya serat ini sebaiknya tidak anda tinggalkan dalam jadual menu harian anda. Sayuran berwarna seperti lobak merah, bayam, dan ubi banyak mengandung beta-karoten. Vitamin A kaya akan antioksidan serta mampu membantu mencegah penuaan semulajadi  serta kerosakan sel yang mengurangi risiko kanser kulit.
Manakala sayur bayam pula mengandungi zat besi, folat, klorofil, magnesium, serat, protein dan vitamin C, E dan A. Ketiga-tiga vitamin ini sangat baik untuk kulit. Bahkan bayam juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan pelbagai masalah kulit.  Pengambilan bayam pada setiap hari, anda boleh membersihkan kulit dari  luar dan dalam.



4. Vitamin C
Vitamin C merupakan zat yang paling sering digunakan sebagai campuran bahan dasar aktif daripada produk perawatan wajah. Beberapa istilah yang sering digunakan adalah L-Ascorbic Acid, Ascorbyl Palmitate, atau Magnesium Ascorbyl Phosphate. Salah satu alasannya, vitamin C memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi.
Selain itu, jenis buah ini mampu membantu tubuh menghasilkan kolagen untuk memperkuatkan pembuluh darah kapiler sebagai saluran nutrisi kulit. Beberapa jenis makanan yang kaya vitamin C adalah: anggur, blueberry, jambu, kiwi, lemon,betik, strawberi dan ubi.Antioksidan seperti vitamin C, E dan beta-karoten dapat mengurangi peradangan dan jerawat. Selain itu, vitamin C juga mampu melindungi kulit daripada efek buruk sinaran matahari.


  
5. Makanan Laut
Kandungan zink dan asid lemak omega 3 pada ikan, sangat bagus untuk membantu melembapkan kembali kulit anda yang kering dan mengalami inflamasi. Kekurangan omega 3 pada kulit boleh juga menyebabkan penuaan semulajadi dan terjadinya ekzema dan psoriasis.



6. Paprika (Merah)
Sebiji paprika mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari. Selain itu, paprika juga mengandungi banyak serat, vitamin B6, dan kaya dengan karoten yang dapat mencegah kedutan dan melancarkan perjalanan darah ke kulit, sehingga anda kelihatan lebih awet muda.

Ekstra Tips!

Makanan Terbaik Untuk…
Kulit Kering
Perbanyakkan pengambilan sayuran berwarna hijau tua, seperti bayam. Gunakan minyak yang kaya omega 3, sebagai salad dressing atau menumis.

Kulit Mudah Gatal
Vitamin B mampu membantu melancarkan perjalanan darah agar kulit tidak terlalu kering dan menimbulkan gatal-gatal. Elakkan pengambilan makanan yang boleh menambahkan lagi alergi tersebut  seperti telur, sotong dan lain-lain.

Kulit Berminyak
Hindari makanan manis dengan kadar gula tinggi dan jenis makanan segera. Sebaiknya gunakan minyak zaitun sebagai pengganti mentega ataupun bahan menumis.

Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayuran hijau, bayam, lobak, kentang dan juga ayam Belanda elok untuk merawat jerawat. Anda yang memiliki kulit berjerawat, disarankan menghindari pengambilan makanan pedas, manis serta hasil tenusu di dalam diet anda.

Tuesday 22 May 2018

PENTINGNYA SET PERAWATAN WAJAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada visitor blog dan blogger2 sekalian,

Semestinya di bulan Ramadhan ini badan agak lesu dan letih, namun itu bukan satu alasan bagi kita untuk tidak beribadah dan lupakan tentang semua penjagaan diri dan wajah.
Penjagaan wajah amat penting bagi setiap manusia untuk kekal sihat fizikal dan mental. 
Cuba anda bayangkan keadaan kulit wajah yang tidak sihat dan tampak tidak bermaya, bagaimana anda ingin berhadapan dengan orang sekeliling dan ini mempengaruhi mental anda, betul?

Jadi, berupaya lah untuk kekal sihat bagi meningkatkan tahap keyakinan diri anda.
So, pada hari ini saya ingin kongsikan cara bagaimana untuk memilih Set Perawatan Wajah yang betul dan sesuai untuk kulit wajah anda.

Banyak Set Penjagaan Wajah yang menawarkan manfaat memberi kulit putih, halus dan mulus, serta menawarkan hasil yang cepat. Masalahnya, Anda tidak  mengetahui kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut. Kerana itu, penting untuk lebih bijak dalam memilih Set Penjagaan Wajah yang sesuai jenis kulit dan tidak membahayakan kesihatan kulit.

Disini saya sharekan tips untuk memilih Set Penjagaan Wajah yang baik bagi kulit ;


  • Memberikan perlindungan ekstra

Pastikan produk yang anda gunakan memberikan perlindungan ekstra, contohnya ia mampu melindungi kulit dari sinar UV A dan UV B, dengan kandungan SPF dan PA+++ yang mampu melindungi kulit dari sinar matahari secara maksima.

  • Tarikh Luput

Semasa membeli Set Penjagaan Wajah, perhatikan juga tarikh luputnya. Bukan hanya makanan, Set Penjagaan Wajah juga mempunyai masa luputnya .
Pemakaian Set Penjagaan Wajah yang telah luput tarikhnya, mampu membuat kulit mengalami iritasi atau masalah kulit . 

  • Gunakan Set Penjagaan Wajah yang sesuai.

Hindari menggunakan Set Penjagaan Wajah secara berlebihan. Berikan waktu pada kulit untuk bernafas.

  • Set Penjagaan Wajah Bahan Alami (Organik)

Gunakan produk Set Penjagaan Wajah dengan kandungan yang alami dan natural, terutama pada produk Set Penjagaan Wajah yang bersentuhan langsung dengan membran atau kulit tubuh dan dipakai dalam jangka lama.

Set Penjagaan Wajah dengan bahan alami sangat bagus bagi kulit Anda, apatah lagi jika di dalamnya sudah mengandungi bahan yang memberikan manfaat nutrisi, perlindungan dan hidrasi pada kulit. 
Seperti produk dari Estee Beauty Skincare & Nadiz Nature Skincare.
Dengan kandungan alami yang ada di dalam produk Estee Beauty Skincare & Nadiz Nature Skincare , ia mengandungi Vitamin C, Royal Jelly, Moringa Leaf , serta berbagai ekstrak tumbuhan yang mampu melembapkan serta membantu mengelakkan munculnya kerosakan pada kulit wajah. 
Selain itu, pentingnya SPF dan PA+++ yang dapat melindungi kulit dari paparan sinar UVA & UVB.
Kulit di sekitar mata juga harus dirawat dengan penggunaan serum yang sesuai dengan kandungan Allantoin dan Echium Oil yang dapat mencegah kulit kering, soya lecithin yang dapat melembapkan kulit dan vitamin E yang dapat menangkal radikal bebas. Kandungan dalam Set Penjagaan Wajah, selain tampak cantik ia juga dapat merawat kulit Anda.
Maka sebaiknya Anda menggunakan Set Penjagaan Wajah yang 0% bahan kimia karena memilih Set Penjagaan Wajah juga harus sesuai dengan kondisi kulit Anda. Serta, pilihlah Set Penjagaan Wajah yang tidak membahayakan kesehatan kulit Anda.




Punca kulit wajah berjerawat

Assalamualaikum, Info ini saya sediakan kepada anda yang sering mengalami masalah jerawat. Masalah kulit itu banyak sekali faktor dan penyeb...