Title bergerak-gerak

Sunday 24 November 2019

KANSER PAYUDARA

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika sebut mengenai kanser payudara, pastinya yang terlintas di fikiran adalah wanita. Ini kerana wanita sering kali dikaitkan dengan penyakit kanser payudara, tetapi sedar tak penyakit ini juga boleh berlaku ke atas orang lelaki juga.

Image result for kanser payudara
KANSER PAYUDARA DIKALANGAN LELAKI

Isu lelaki menghidapi penyakit kanser payudara adalah sangat jarang berlaku tetapi ianya tidak mustahil bagi orang lelaki untuk menghidapi penyakit ini. Untuk pengetahuan kamu semua, kanser payudara menyerang orang lelaki dewasa yang telah berumur.

Jika kamu dapat mengenalpasti petanda awal penyakit kanser payudara ini, kamu mempunyai peluang yang tinggi untuk sembuh. Biasanya rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit kanser payudara adalah pembedahan untuk membuang tisu payudara, kemoterapi dan terapi radioterapi.


  • Petanda Kamu Menghidap Penyakit Kanser Payudara



Kamu perlu mengenalpasti petanda-petanda awal penyakit kanser payudara agar kamu dapat menerima rawatan awal serta dapat membantu diri dari terus melarat. Berikut adalah petanda-petanda penyakit kanser payudara yang telah dikenalpasti.

 • Wujudnya ketulan-ketulan yang tidak menyakitkan

 • Terdapat ketebalan di bahagian tisu payudara

 • Kulit di sekeliling payudara bertukar menjadi berkedut dan kemerah-merahan

 • Puting mula bertukar rupa


  • Punca Dan Di Mana Kanser Payudara Bermula


Sebenarnya masih tiada sebab yang jelas mengapa kanser ini berlaku ke atas lelaki. Doktor mendapati bahawa kanser payudara yang di alami oleh orang lelaki memiliki sel kanser yang banyak berbanding sel sihat.

Dengan pertumbuhan sel sehingga terjadinya tumor, ia terus merebak ke tisu-tisu yang berdekatan dalam payudara. Kanser payudara bermula di beberapa bahagian pada payudara dan kebanyakan kanser payudara bermula pada bahagian duktus iaitu bahagian yang membawa susu ke puting (ia juga di kenali sebagai kanser duktus).
Dan ada juga kanser berlaku di bahagian lain seperti kelenjar yang menghasilkan susu payudara (atau di kenali sebagai kanser lobular.


  • Apa Itu Gangguan Gynecomastia
Image result for gynecomastia
GYNECOMASTIA

Gynecomastia merupakan gangguan yang biasa terjadi pada pesakit lelaki yang menghidap kanser payudara. Ianya bukanlah tumor tetapi sebuah keadaan di mana ia menyebabkan pertumbuhan tisu payudara yang banyak di dalam payudara lelaki.
Biasanya lelaki memiliki tisu payudara yangs sedikit, gynecomastia ini dapat di kenalpasti pada payudara. Di mana terdapat bentuk butang atau disk yang membesar di bawah puting dan areola (yang merupakan lingkaran gelap pada sekeliling puting).

Oleh itu, penting untuk kamu membuat pemeriksaan jika wujudnya rasa ketulan di sekitar payudara atau bawah puting.

Jika diri kamu menghidapi penyakit kanser payudara ini, kamu akan terdedah kepada pelbagai risiko yang tinggi antaranya adalah:

 • Umur – Semakin berusia atau semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko kanser payudara kamu miliki. Biasanya lelaki yang menghidap kanser payudara ini sekitar umur 60 tahun dan ke atas.

 • Hormon estrogen yang tinggi – Jika kamu mengambil mana-mana ubat yang berkaitan dengan estrogen seperti contoh ubat yang sering digunakan dalam terapi hormon ia akan meningkatkan risiko penyakit kanser payudara.

 • Ahli keluarga ada yang menghidap penyakit kanser – Jika ahli keluarga terdekat mempunyai sejarah menghidap kanser payudara, maka kamu juga berkemungkinan menghidap penyakit yang sama.

 • Sindrom klinefelter – Atau sindrom genetik di mana anak-anak lelaki yang lahir memiliki lebih dari satu kromosom X dan ini menyebabkan berlakunya pertubuhan zakar yang tidak normal serta sekaligus menyebabkan hormon lelaki androgen berkurang dan hormon wanita estrogen bertambah di dalam diri lelaki.

 • Penyakit hati – Selain itu, kamu juga berisiko menghidap penyakit hati yang menyebabkan jumlah hormon lelaki berkurang dan hormon wanita bertambah serta meningkatkan risiko kanser payudara.

 • Obesiti – Penyakit obesiti berkait rapat dengan jumlah hormon estrogen yang tinggi di dalam tubuh badan yang mana ia juga meningkatkan risiko kanser payudara.

• Penyakit zakar atau pembedahan – Jika zakar kamu mengalami keradangan atau kamu menjalani pembedahan membuang zakar, ia akan meningkatkan risiko penyakit kanser payudara.

Dapatkan Rawatan Segera!

Penting untuk kamu ketahui bahawa lelaki juga boleh menghidapi penyakit yang sama dan jika penyakit kanser payudara ini dapat di kesan dengan awal, kamu dapat merawat penyakit tersebut.
Jika kamu mendapati diri kamu mempunyai petanda-petanda yang telah saya nyatakan di atas, eloklah kamu membuat temujanji bersama doktor awal-awal untuk membuat pemeriksaan.
Ingat, jangan anggap ia adalah petanda yang biasa kerana dengan sikap tidak endah kamu akan membuatkan kamu merana. Kanser payudara boleh di tegah apabila kamu dapat mengenali petandanya lebih awal!

No comments:

Post a Comment

Punca kulit wajah berjerawat

Assalamualaikum, Info ini saya sediakan kepada anda yang sering mengalami masalah jerawat. Masalah kulit itu banyak sekali faktor dan penyeb...